Bertangas Untuk Kesihatan Wanita


BERTANGAS UNTUK KESIHATAN WANITA

Bertangas adalah baik untuk dalaman wanita. Ia baik untuk wanita yang mengalami masalah pada bahagian intim seperti keputihan dan masalah lain. Terdapat pelbagai jenis bertangas antaranya tangas kering, tangas basah dan tangas wangi.

Bertangas juga boleh mengharumkan bahagian intim wanita dan mengetatkan vagina.

TANGAS KERING

Ia menggunakan batu sungai yang dipanaskan dan ditaburkan herba tangas ( ramuan herba kering ). Kemudian duduk diatas kerusi tangas sehingga asapnya berkurang. Asap yang naik dapat membantu mengetatkan rahim dan merawat luka.

TANGAS BASAH

Tangas basah pula adalah sama kaedah seperti bersauna. Ia dilakukan dengan merebus air bersama daun herba terpilih. Boleh mengunakan herba yang dikeringkan atau daun herba yang segar. Antara ramuan herba basah adalah terdiri daripada serai wangi, daun limau, daun inai dan daub lemuni.

TANGAS WANGI

Biasanya dilakukan untuk bakal pengantin, para isteri dan penutup pantang. Dengan ramuannya yang terdiri daripada bunga mawar, daun pandan, bunga melur, daun cendana, dan pelbagai jenis bungan dan air mawar. Pengantin akan rasa segar dan berbau harum wangi.

Kebaikan Bertangas :

Diantaranya ialah untuk membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, melancarkan perjalanan darah, membuang toksin dan boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jahitan bagi wanita selepas bersalin.

Jalapa De Spa